Pages

Sunday, April 4, 2010

The Bloodberry

Aku antara orang yang kerap menukar henpon, mencari teknologi termaju yang ada pada hari ini TAPI dengan kos yang mampu milik le, kekekeke.  Enset terakhir aku NokLa E90. Baru 2 hari lepas aku jual phone tu kat susah.my. Rosak dol.... mamat yg beli tu pun, bukan nak pakai, nak amik mainboard phone tu jerk, pasal mainboard E90 dia rosak.


Ble enset tu aku da jual, jadi aku da xder enset la. Atas tuntutan aktiviti aku yang semakin padat, aku plan nak beli 2 phone , pasal aku nak pakai nombor phone baru, yang lama aku kekalkan. Don't worry, still can contact me at old number.

 

Tapi 2 phone amat menyusahkan bagi aku (sebelum ni ada beberapa kali aku pakai 2 phone serentak ), terus kepala otak aku terbayang phone keluaran CSi. Murah, banyak pilihan rekabentuk menarik, dan boleh masuk 2 simcard. setelah di tilik-tilik, jentik-jentik, pegang-pegang, aku pun beli la CSi 9500 (dekat phone tercatat nama Blueberry). Tapi phone tu warna merah darah kambing.

 

Jadi aku namakan phone baru aku tu, Bloodberry ( Blue + red =  blood). Dan menjadi-jadikannya satu-satunya phone yang ada nama ( aku tak pernah beri specific name kat phone-phone yang aku pakai sebelum-sebelum ni ).

 


 

p/s : untuk yoe nyamok, enset aku tidak mampu melawan Qosmio milik mu hatta untuk melawan kamera yang baru dibeli tu. huhuhu...

2 comments:

  1. Qosmio aku dh convert jd model 4017..aku rase mung patut tukor profession laa..jd tokey henset plok...

    ReplyDelete