Pages

About

Sunday, April 22, 2012

Sendit...

Sendit ni salah satu daripada perkataan dalam loghat terengganu yang aku tak faham maknanya. Orang yang menggunakan perkataan ni masa cakap dengan aku pun takleh nak explain secara tepat apa maknanya. Pelik kan?


dah dia pun tak faham, camner dia boleh guna dalam percakapan dia?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

menorai...

Lepaking di tepian jalan sambil menyantapi roti canai... Perghhh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 3, 2011

Nukilan Hati

Mata terkebil-kebil, jari-jemari bergetar, perasaan bosan, malas, gelisah melanda diri.

Terasa ingin berehat seketika, namun kerehatan bagi perjuangan ini bukan disini, bukan seketika, bukan sementara.
Rehatnya diakhir nanti, dan ianya selamanya. Adakah kita sudah bersedia?

Medan tempur didepan mata, kerana agama kita bersama,
namun ada yang cerdik terpedaya,
apakan daya, semuanya dariNya.
moga dibukakan hati, mendapat cahaya ilahi
untuk bersama perjuangan ini.

Wednesday, May 25, 2011

Mencari Pengaruh @ ....... ?

Dalam meneruskan kelangsungan kerja dan hidup menuju redha Allah, kadang-kadang diri di himpit perasaan yang 'menyesakkan' dada dek kerana perangai sesetengah golongan manusia yang ingin mencari pengaruh untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Menjadi amalan aku untuk stay 'neutral' tidak berpihak kepada sesiapa. Bagi aku di sebelah mana pun kita berpihak atau menyokong, selagi mereka masih pada landasan yang betul, tidak menyimpang dari matlamat perjuangan sebenar, itu hanyalah satu salah faham atau pun ujian untuk memantapkan lagi teras perjuangan ini. Namun begitu aku lebih selesa bergerak solo, berbaik-baik dengan kedua-dua kumpulan bertentangan tanpa memburukkan atau mengiakan mana-mana pihak. Diam lebih bererti pada pandangan aku, bukan sebagai tanda bersetuju, tapi tanda pemberontakan yang tak terkelihatan (silence protest ).

Kadang-kadang terasa bosan dengan permainan sebegini, tapi mengenangkan 'jasa-jasa' aku terdahulu, aku rempuhi jua apa jua cabaran mendatang, moga di ampun segala dosa, disucikan hati yang pekat berkarat ini. Moga dipermudahkan segala urusanku dan urusan saudara-saudari ku seperjuangan.



p/s : Post ni agak berat untuk difahami, baca jer, takyah fikir banyak-banyak, wat serabut otak jer.

Tuesday, May 24, 2011

Bersih 2.0 Jogging Series

Sejak pengumuman Bersih 2.0 akan diadakan, aku melancarkan satu program iaitu Bersih 2.0 Jogging Series, anjuran aku, peserta aku, urusetia aku, urus tak setia pun aku. Jadi takde sape boleh komen pape pasal program yang aku buat nih. Bukan senang la nak mula program ni, sebab, sejak aku accident tahun lepas, aku dah lama giler tak kluar bermain atau bersenam. Yang last aku ingat panjat bukit beso, tu pun separuh jer, kaki yang bekasan accident tuh, cam nak tercabut jer rasenye. Pastu takde dah aktiviti laksa yang dibenarkan ke atas kaki ku, sehinggalah 2 hari lepas aku mula berjoging terhencot-hencot di perkarangan Masjid Kristal.

First day, round pertama, aku rasa cam nak pitam, anak tekak ni geli-geli jer, cam nak terkeluar isi perut. Namun ku tahan jua sehigga round ke 3. ayat dah cam novel cinta, geli aku baca. Hari kedua, rasa mual-mual nak terkeluar isi perut tu da takde da, steady jer 5 round. Hari ketiga aku ada musorat sampai maghribi. jadi takdelah kejadian joging pada petang tesebut, hari ini tak tahu lagi, tengok keadaan semasa aku petang nanti.

Kemuncak harapan aku untuk Bersih 2.0 Joging Series ni, supaya aku dapat menurunkan berat badan aku yang memang dah sedia berat nih, pastu aku boleh paka jeans-jeans belaan aku yang makin mengecik tuh (masa aku beli dulu besar elok jer ngan peha and pinggang aku ) dan yang terakhir, aku boleh belari 2 jam non-stop dengan kelajuan yang teramat la laju. time kaseh.

Sunday, May 22, 2011

Blogger Software

Baru balik muzium, ambik 'kunci dunia maya' a.k.a username dan 'anak kunci dunia maya' a.k.a password. Bukan main lagi kurator (penjaga barang-barang / koleksi muzium) tu tanye soklan, mintak nama penuh 'dunia maya' la, nama 'kunci' yang aku pakai dulu la, pastu siap bagi teka teki lagi. Teka teki dia senang jer, dia tunjuk 2 patah perkataan dengan tulisan yang cam haram, pastu suruh aku teka, pada kali yang kedua aku berjaya meneka dengan tepat, pasal kali pertama aku jawab salah. Akhirnya dapat la aku buka balik pintu 'dunia maya' a.k.a blogspot aku nih.

Check punye check da dekat setahun aku tak hupdate blog nih. Apake benda yang aku buat, sampai setahun tak ber'blog' pun, aku tak tau. Nak kata sibuk, dulu pun aku sibuk gak. Tapi jawapannya tak lain dan tak bukan, RAJIN. Aku kurang rajin nak berblog, bukan malas tau.

Kenapa tetiba aku nak mem'blog'kan diri balik?
Persoalan yang menarik tatkala aku sedang rajin menaip nih. Ceritanya bermula, sedang aku 'menjari-jari' melihat alam maya kat tenet nih, aku terjumpa satu software yang best untuk para bloggers yang mempunyai kadar kerajinan yang teramat kureng dan juga bloggers yang tidak mempunyai internet akses sepanjang masa (tidak seperti mereka-mereka yang mempunyai blackberry, ya, aku sedang mengutuk seseorang, hehehe ). Dengan software @ perisian ini, anda boleh menaip dan menyimpan post yang telah anda taipkan di dalam komputer anda. Tanpa perlu menaikkan www.blogger.com di browser, tanpa perlu memasukkan username dan password anda, hanya perlukan kepada talian internet sahaja, buka Post yang telah anda siapkan, dan 'Click' [ Post ] @ [ Post & Publish ].

ZAPPP!!!!

Post yang ditaip pada perisian terus ternodai ke dalam blog anda. Wow. Best kan kan kan, aku rase la, aku tak tau la apa korang rase.

Episod Kelemahan

Setakat ni, ketika dan masa ini, aku telah mengesan satu kelemahan software nih, bila aku Post kan 'post' yang aku telah siapkan sebelum ni, hanya content @ isi nya sahaja yang ada, tiada title posting tersebut, tapi kat dalam sopware nih, memang takde ruangan untuk mengisi title posting tuh. Tu yang aku pelik tuh, tengah nengok-nengok lagi nih. Kot-kot ada kaedah tertentu yang membolehkan title tu dimasukkan sekali.

ok, aku post dulu yang nih, nak godek-godek sopware nih sampai hancus.