Pages

Monday, April 5, 2010

Evolusi Intelligent

Tajuk posting aku kali ni sangat canggih, aku rasa la... aku sendiri terasa kagum dengan tajuk yang aku bagi ni. Tapi tajuk yang hebat tak semestinya seiring dengan jalan ceritanya. Banyak jer movies yang diberikan tajuk yang mengujakan, tetapi jalan citer cam haram. Contoh yang sempat aku fikirkan setakat ni, The Aviator. Sape boleh tengok citer ni sampai habis aku memang respek giler ar.

 

Citer yang ingin kesahkan aku pada korang sumer takde kena mengena dengan mana-mana movies pun, kalo ada yang hampir menyerupai story aku ni nanti, aku rasa kartun Pinky And The Brain la. hehehe.

 

Kesah nye bermula dengan 'serangan' secara melampau tikus-tikus yang telah berevolusi kat umah aku. Aku kata tikus-tikus tu berevolusi kerana, habis sabun mandi dalam bilik air di makannya, namun begitu tak seekor pun daripada mereka ( tikus-tikus tersebut) yang mampos. Aku agak kalo maknusia yang makan sabun mandi tu, kurang-kurang kena operate buang isi perut untuk elakkan keracunan. aku agak la, tak tau la betul ke tak, tak pernah try.

 

ke'intelligent'nan tikus-tikus ni terserlah apabila, racun-racun yang aku letakkan di beberapa sudut rumah aku di telan dengan selambanye sampai licin tanpa meninggalkan seekor bangkai pun. swing bowl betul. Intelligent ke tetikus tuh?

 

Malam ni peperangan dengan tetikus ini akan diteruskan, aku plan nak beli 'senjata' baru.

 


Senjata Baru

0 comments:

Post a Comment