Pages

Monday, November 2, 2009

Jadi, Tak jadi, Jadi, Tak jadi...

Dah 3 hari aku rasa kehilangan selera makan, buktinya, aku baru lepas makan 2 bungkus nasi goreng pagi tadi..... Kepala aku macam nak pecah pikir problem nih. Rasa cam nak hantuk-hantuk kepala nih kat mana-mana awek cun yang lalu depan aku, hantuk ke batu aku taknak la, sakit dowh...

Keadaan sekeliling aku sejak akhir-akhir seakan-akan tidak mengizinkan aku pergi ke sana, terasa diri ini sangat penting dan dihargai. Mungkin betul kata Remy, salah seorang daripada kitorang kena stay kat sini. Aku rase cam sayang giler nak tinggalkan Dun Wakaf Mempelam nih... Giler patriotik.

Sepanjang bulan interview aku perasan banyak mbde aku terlepas atau sipi-sipi terlepas. Mesyuarat mingguan Dun, aku rase sumer aku pi. Cuma aku agak terkilan dek kerna keghairahan aku mencari dan menambah duit untuk diri sendiri menyebabkan aku hanya meluangkan hanya beberapa jam untuk program PASTI 2 minggu lepas. Pastu masa program HIMPIT plak, daripada 2 hari, hanya sehari sahaja aku berada disana.

Dalam keadaan haru biru keliru macam ni, semua kuliah-kuliah maghrib yang aku hadiri atau ceramah Ustaz Azhar yang aku dengar melalui cd-cd atau youtube seakan-akan mengutuk aku. Aku rase macam melakukan kesahalahan besar jer bile aku wat keputusan nak cari kerja baru di KL. Hampir semua kuliah menerangkan bab rezeki, rasa bersyukur dengan apa yang ada, mendampingi ulama', jaga solat dan laen-laen.

Tengah-tengah aku khusyuk menunaikan solat isyak malam tadi, aku terbayang apa yang akan aku dapat dan tak dapat jikalau ditakdirkan aku menerima tawaran untuk bekerja di kolumpo tuh.

Kalo kerja di KL, apa yang aku dapat :


Rumah camni la aku nak, kalo tuhan bagi rezeki lebih, aku nak buat la. Ada sape-sape nak bagi aku pojek 18 billion ringgit?



- Aku akan dapat banyak duit, hahahhaha, aku kaya, aku kaya, nak beli pulau....

- Dapat tengok awek hari-hari, mungkin seksi, mungkin tak... bertambah dosa aku..

- Aku hidup umpama robot, pi kerja, balik kerja, makan, minum, kerja, balik kerja, makan, minum. Ulang lagi, ulang lagi sampai mampos... ( Kalo robot takpe, tak masuk neraka...)


Kalo kerja di KL, apa yang aku TAK dapat :

- Aku TAKleh pi mesyuarat mingguan kat pejabat dun tuh ( Bagi aku tu bukan sekadar mesyuarat..Ada sesuatu ketika dan selepas mesyuarat tuh, sebab tu aku suka datang awal kalo takde pape masalah..)

- TAKleh nak ikut program parti. Sayang nak tinggal tuh, pasal da banyak sangat tertinggal

- TAK dapat duit banyak. lantak lah.... bukan kebulor pun.

- TAK dapat wat kerja untuk parti. Kat sana tentulah ada pejuang-pejuang cam kat sini, tapi aku ni, kalo orang tak menjemput susah sikit. Camnerlah derang nak jemput. Pakai baju pun kaler biru jer memanjang... ( Hari nie baju hijau)

- TAK dapat nak berbakti dengan skuad WAJA. Sayang kat Skuad WAJA. Hehehehe. Terasa diriku sungguh baik.

- TAK dapat nak follow kuliah-kuliah kat surau aku tuh, ustaz da ramai, aku plak yang takde.

- TAK dapat tamatkan pelajaran tajwid yang aku tak reti-reti lagi tuh. Ada kena terajang ngan pakcik aku nih. Kalo dok sane hampir pasti, bukan hampir pasti, tu baik sangat. Pasti aku tak bukak Quran. Percayalah.

- Semayang tak taula, kat umah, suboh mak aku kejutkan. Kat sana...???

- TAK dapat melepak kat Kedai Mezoh, Kedai Pok, Kedai SPD, Kedai Syed Atan dan laen-laen. Tu bukan setakat lepak jer tuh, tu adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja Wilayah Persekutuan Masjid Kristal. Kalo aku takde, hilang sorang Raja kat situ. Kat tempat laen, aku takde takhta Raja. Kat kedai-kedai tu jer aku leh bertakhta Raja. Hehehehe...

Tiba-tiba, Allahu-Akbar...

eh, lupa aku tengah semayang. (Khusyuk la sangat...)

Glosari ( aku pun tak tau apa maksud glosari nih, maen letak jer, rase cam betul..)

- HIMPIT : Himpunan Pemuda Islam Terengganu
- PASTI : Pusat Asuhan Tunas Islam
- Dun : Dewan Undangan Negeri
- Remy : Najmuddin hassan, bukan aku..
- KL : Kuala Lumpo
- Ustaz Azhar : Seorang ustaz
- WAJA : Waris Jati ...... ( Tak ingat)

p/s : Kalo salah tolong bagitau, nanti aku betulkan

4 comments:

  1. adakah anda diberikan hidayah dan petunjuk untuk membimbing kami di sini?

    keh keh..

    steady la ustaz!!!

    ReplyDelete
  2. camner orang tau blog aku nih, ni sulit nih, harap stingray dan cipan dpt memberitahu dari mana korang dpt sistem sulit nih....

    ReplyDelete