Pages

Saturday, October 31, 2009

weekend tak terkata...

"hello, Encik Ahmad Najmuddin?"
"ya, saya"
"Saya Norly dari APQ Solutions, berkenaan jawatan programmer yang encik pohon..."
"ya, ya "
"Boleh encik datang ke syarikat kami sabtu ni untuk interview?"
"Boleh Insya-Allah"
"Nanti saya emailkan alamat syarikat dengan map locationnye sekali pada encik, Confirm ni tau, jangan tak datang pulak..."
"Insya-Allah, Insya-Allah"

Khamis, pukul 5.15 petang, sebelum aku pi mezoh. Melepak. Tapi tu bukanlah panggilan yang ditunggu, aku menunggu call dari syarikat laen sebenarnya, tapi yang laen plak call, mangkuk tul, tahap swing bowl.

Perasaan berbelah bahagi lagi, nak pi ke taknak HIMPIT nih. Panggilan yang ditunggu belum diterima, aku takut derang call suh aku pi jumpa derang besok jer nih. Dalam keadaan ini, aku biarkan otak ngan jiwa aku berkomunikasi. Biar derang tentukan keputusan yang terbaik buat pemilik tubuh bernama Najmuddin nih.

Jiwa : Baik ko pi HIMPIT, bukan setakat seronok, 2ronok, 3ronok ada kat sana... beronok-ronoklah kalo di pendekkan citer ada kat sana.

Otak : Tapi.... kan buatnya onpis tu kol nak jumpa esok, da sah-sah ko kena naik bas malam ni. Kalo ko da on da way ke HIMPIT tuh, xkan ko nak patah balik...

Aku : Betul jugak kata otak tuh, camni, korang bincang lagi, bincang lagi... aku tunggu keputusan akhir jer nih.

Jiwa : Ko tak kesian ke, ngan bebudak tuh, xder kanaikan nak kesana... Kalo ko pi, leh gak ko tumpangkan derang. Banyak pahala ko.

Otak : Bab-bab pahala ni wat lemah nih, jadi wa surrender awal la. ko wat keputusan sendiri la....

Aku : woi, woi takkan belom pape ko da surrender.... tolong la wei.

Otak : Ko nak pahala?

Aku : Nak

Otak : Da tu, tak reti-reti lagi....

Aku : Yelah, yelah... aku faham.

Di tengah-tengah kekalutan tuh, satu call masuk. Inilah panggilan yang ditunggu-tunggu. Jeng jeng jeng.

"Hello, Encik Najmuddin?"
"ya saya"
"Saya dari XXXX company, ni nak maklum la kepada encik, esok dalam pukul 4 petang, bos saya akan telefon encik, untuk inteview melalui telephone"
"ooo, ok. Jadi saya tak perlu ke sana la erk?"
"Tak perlu, tak perlu, interview melalui phone jerk"
"ok, time kaseh banyak."
"tata"

tata yang last tu, aku tambah sendiri.

Second call yang aku terima tu, menjadikan aku lega. Terus wat keputusan nak pi HIMPIT. Tapi tiket ke KL perlu di beli jugak, untuk interview kat opis yang first call tadi. Balik dari Mezoh, aku rushing pi beli tiket.

Sampai umah, mandi siap, semayang maghrib, pastu packing apa yang patut untuk pi HIMPIT. Lepas semayang isyak pi amik Ham, dan 2 orang lagi budak WAJA, terus pi HIMPIT. Sampai sana dekat 1 pagi.

Petang tu, dari Kemaman, tempat HIMPIT berlangsung, aku rush lagi balik KT, pasal malam tu nak naik bas pi KL. Semalam interbiu, malam tadi naik bas lagi, balik ke KT.
Sampai pagi tadi. Badan aku macam da tak tertanggung keletihan yang dikumpul sepanjang 3 hari ini. At the end. Skang aku demam. Queen of the damned!!! ( Mencarut dalam kesopanan ). Aku kerja la arini, semalam da ponteng. Demam, ko pi maen jauh-jauh la. Da sehat dahh pada masa blog ni di karang. hehehehe....

HIMPIT - Himpunan Pemuda Islam Terengganu
KL - Kuala Lumpur bukan Kampung Losong
KT - Kuala Terengganu

p/s : Mungkin ada yang rase, takdela letih sangat apa yang berlaku pada aku nih, tapi ini apa yang aku rase, bukan apa yang korang rase. Mungkin korang rase, apa yang aku rase ni takderla letih mana pun. Jadi itu yang korang rase, bukan yang aku rase. tatata

0 comments:

Post a Comment