Pages

Saturday, October 24, 2009

Bulan interbiu

Bulan ni aku namakan sebagai bulan interbiu untuk aku, kerna bulan ni aku cam da takder kerja laen da, asyik pi interbiuuuuuuuuuu jer. Banyak gak offer yang aku dapat, anyway thanks to jobstreet, jenjobs, jobsmalaysia, jobstar, jobsdb dan yang paling utama memember aku la kerana membantu aku untuk mendapatkan pekerjaan baru nih.

Di bawah aku sediakan fakta bernombor untuk bulan interbiu nih, sehingga tarikh hari ini, 25.10.2009.

Kekerapan ke KL - 4 kali
Naik turun bas - 8 kali ( 7 kali Sani, 1 kali Transnasional)
Naik turun teksi - 7 kali
Teksi - RM 88.00 ( sumer )
Tiket bas - RM318.50 ( Sumer)
Hotel - RM100
Makan - RM120 (cincai-cincai)
Tiket 'Ulat-ulat(LRT, Komuter)' - RM30 (cincai-cincai)
Motor Rizal - RM5.00
Jumlah Interview - 7
Jumlah masa perjalanan - 124 Jam (Purata 31 jam setiap trip)

Kalo nak diikutkan, minggu ni sehingga 31 haribulan, aku masih lagi berada dalam bulan interbiu, tapi cam da malas jer. Dapat tak dapat, aku tak kesah. Time kasih kepada semua yang terlibat dalam proses pen'interbiu'an aku selama sebulan nih.

* Yoe, Rizal, Kad, Sepupu kad ( Tak ingat nama), Naim (adik wazir)[ 5 yang pertama ni pasal aku tumpang umah derang, hantar amik aku pi balik Putra, belanja makan dll].

* Buyong, Kawan umah buyong ( Aku baru kenal aritu), Romie & Fahmi [ Temankan aku makan dan melepak kat kedai makan].

* Shahrun nadzree [ Perkenalkan aku ngan Cik Yahya untuk di interview, cam berat ati jer run, beliau banyak sangat terlibat ngan orang yang aku kenal, tapi masih dalam pertimbangan lagi]

* Kawan Rizal, aku tak tau nama [ pi semayang jumaat sekali aritu ]

* Ipah (adik aku), Mie(laki dia)[ Ni pun pasal aku tumpang umah derang gak ngan sponsor makan sekali ].

* Ima [ Bagitau pasal jawatan kosong kat opis dia ].

* Kak pah [ Hantar aku pi Putra ( haru siot malam tu, masa bas tengah gerak tu sambil cakap pakai enpon, siap lambai-lambai lagi. Da macam drama melayu plak. Tak pernah dibuat dek orang)].

* Pati( adik aku jugak) kerna sudi mengepau aku kat KL Sentral aritu, tu utang tu jangan wat-wat lupa plak.

Sape lagi erk? ntahlah, aku tak ingat da. Kalo ada sape-sape yang terlibat tapi tak tercatat nama beliau di dalam senarai di atas, boleh maklum balik pada aku. Nanti aku hupdate la...

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

2 comments:

  1. hahaha...terharu aku tgk nama aku ada...saje buat drama..nk kasi kalah nur kasih lakonan remy 'fahmi' ishak tu

    ReplyDelete