Pages

Tuesday, October 20, 2009

KL to EPL

Minggu ni sekali lagi aku akan mendarat di EPL. Aku harap ni 'perbincangan usahasama' aku yang terakhir. Ada 2. Satu telah direkemen oleh Miss Irma untuk berusahasama di company tempat dia kerja. Citernye cam staff contract jer, tapi tak pasti lagi. Aku pi dulu la company tuh. Tengok camner-camner. Bukan pi kerja, pi interbiu jer.

Petang tu plak, aku ada 'perbincangan usahasama' di Level 36, Menara Maxis. Sebelah KLCC tu. Tu plak direkemen oleh Mr. Don yang baik hati. Aku dengar sore dia cam baik jer. Tapi tak tau la camner.

Satu lagi company tu tak telefon-telefon lagi, agak-agak derang da lupa kot aku. Lantak la, aku tak kesah sangat. Aku pun da lupa apa nama syarikat derang. Jangan derang panggil aku jumaat ni da la nak pi interbiu, naye aku.

Kalo kompen ngan Miss Irma, aku agak, aku cari umah @ bilik area equine jer. Takpun aku melepak umah Yoe, kalo aku diterima la untuk melepakkan diri disana. Kalo kat Menara Maxis tu, aku tak tau lagi. Tengok keadaan 'ulat-ulat'(LRT, Komuter) atau jalan ke sana. Dulu masa duk UOA aku lepak kat Taman Sentosa ( Taman sentosa tu area mana ha? aku da lupa da...). Jauh gak.

Pape pun, KL tetap di hati. Jangan sangka aku suka untuk berada di EPL. Sedih woo... nak tinggalkan KL. Tapi ada perancangan aku yang memerlukan aku berada di sana buat 'seketika'. Insya-Allah, dapat apa yang aku plan tuh. Aku akan kembali ke KL balik. Doakan aku ye kawan-kawan.

Jangan salah faham ye kengkawan, KL tu Kampung Losong. EPL tu Equine Park, London. (Equine Park tu kat Sri Kembangan sebenarnya, London tu penyedap jer...). Okey. Sampai sini dulu, tata.


( photo credit to finegrain.wordpress.com)



Menara Maxis yang tumpul tuh, bukan yang tajam 2 tuh. ( Ni maklumat untuk yang tidak mengetahui sahaja)

0 comments:

Post a Comment