Pages

Thursday, November 5, 2009

Kertas kerja cadangan tandas awam

Tandas adalah tempat yang paling penting untuk kita semua, walau dimana kita berada ( ayat skema ). Tapi masalah utama bagi tandas ialah, kebersihan beliau itu sendiri(yakni tandas tersebut itula..). Jadi daripada pengalaman saya yang genap 25 tahun semalam( 25 nombor genap ke, no ganjil ha... aku rase cam ganjil), menggunakan tandas-tandas di seluruh Malaysia, saya membentangkan kertas kerja bentuk tandas awam yang sepatutnya dibina bagi menjamin kebersihan dan keselesaan pengguna menggunakan sesebuah tandas tersebut.

Pelan tandas :




Penerangan :

Pada pengamatan saya, tandas yang bersih adalah tandas yang luas. Tandas yang luas, memudahkan pengguna menanggalkan seluar atau kain dengan mudah tanpa rasa bimbang kaki termasuk kedalam lubang tandas.

Seluar atau kain yang ditanggalkan sebelum melakukan aktiviti ehem-ehem perlu disangkut kepada penyangkut. Tandas-tandas skarang ini biasanya disediakan dengan hanya satu tempat penyangkut. Jadi saya mencadangkan sekurang-kurangnya ada 3 tempat penyangkut. Lagi banyak lagi bagus. Sudah pasti banyak kegunaannya.

Bagi pelancong-pelancong dari dalam atau luar negara, mereka sering membawa beg-beg yang besar bersama mereka. Dan biasanya tempat pertama yang akan dituju apabila tiba ke destinasi,mereka akan mencari tandas awam. Jadi dalam proposal ini, saya mencadangkan satu tempat khas di dalam tandas yang sama untuk meletakkan bagasi-bagasi tersebut. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan daripada beg-beg tersebut dicuri bahkan kita dapat melakukan aktiviti di dalam tandas dengan lebih tenang, aman dan tenteram kerana beg kita senantiasa di samping kita.

Jadi sampai disini dahulu, proposal saya. Jika ada sebarang cadangan atau komen bernas, boleh kemukakan kepada saya. Sekian, terima kaseh. Majulah tandas awam untuk negara, demi untuk keselesaan aku melepas di mana-mana.

yang benar, jujur dan baik hati:
(tandatangan disini)
.............................
aku

5 comments:

  1. nk jadi kontrektor pulok mamat sekor nie...

    ReplyDelete
  2. nok suruh kontraktor wat jamban molek sket, kecik ngat dekpon nok berok lawas susoh....

    ReplyDelete
  3. ala...apsal xde cermin dlm toilet tu.perlu ada dlm setiap booth tu coz senang nk belek pape patut secara private...kt luar yg ada sinki tu leh belek tudung n muka jek...hehehe

    ReplyDelete
  4. cermin tu nak letak atas pada tempat letak beg tu ke @ tpt sangkut pakaian tuh? ( Serius giler soklan)

    ReplyDelete
  5. saya rasa ia terlalu besar...terutama tempat letak beg. mungkin boleh di kecilkan sedikit.

    ReplyDelete