Pages

Wednesday, May 25, 2011

Mencari Pengaruh @ ....... ?

Dalam meneruskan kelangsungan kerja dan hidup menuju redha Allah, kadang-kadang diri di himpit perasaan yang 'menyesakkan' dada dek kerana perangai sesetengah golongan manusia yang ingin mencari pengaruh untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Menjadi amalan aku untuk stay 'neutral' tidak berpihak kepada sesiapa. Bagi aku di sebelah mana pun kita berpihak atau menyokong, selagi mereka masih pada landasan yang betul, tidak menyimpang dari matlamat perjuangan sebenar, itu hanyalah satu salah faham atau pun ujian untuk memantapkan lagi teras perjuangan ini. Namun begitu aku lebih selesa bergerak solo, berbaik-baik dengan kedua-dua kumpulan bertentangan tanpa memburukkan atau mengiakan mana-mana pihak. Diam lebih bererti pada pandangan aku, bukan sebagai tanda bersetuju, tapi tanda pemberontakan yang tak terkelihatan (silence protest ).

Kadang-kadang terasa bosan dengan permainan sebegini, tapi mengenangkan 'jasa-jasa' aku terdahulu, aku rempuhi jua apa jua cabaran mendatang, moga di ampun segala dosa, disucikan hati yang pekat berkarat ini. Moga dipermudahkan segala urusanku dan urusan saudara-saudari ku seperjuangan.



p/s : Post ni agak berat untuk difahami, baca jer, takyah fikir banyak-banyak, wat serabut otak jer.

3 comments:

  1. bila aku tengok perkataan "silence protest" tu..hampir2 aku terbaca "silence prostat".

    Hahahahaha.

    ReplyDelete
  2. kalo aku tulis english, kena 'indent' la lepas ni, kan ko tersalah baca, susah nanti, lain maksud, hehehe

    ReplyDelete