Check punye check da dekat setahun aku tak hupdate blog nih. Apake benda yang aku buat, sampai setahun tak ber'blog' pun, aku tak tau. Nak kata sibuk, dulu pun aku sibuk gak. Tapi jawapannya tak lain dan tak bukan, RAJIN. Aku kurang rajin nak berblog, bukan malas tau.
Kenapa tetiba aku nak mem'blog'kan diri balik?
Persoalan yang menarik tatkala aku sedang rajin menaip nih. Ceritanya bermula, sedang aku 'menjari-jari' melihat alam maya kat tenet nih, aku terjumpa satu software yang best untuk para bloggers yang mempunyai kadar kerajinan yang teramat kureng dan juga bloggers yang tidak mempunyai internet akses sepanjang masa (tidak seperti mereka-mereka yang mempunyai blackberry, ya, aku sedang mengutuk seseorang, hehehe ). Dengan software @ perisian ini, anda boleh menaip dan menyimpan post yang telah anda taipkan di dalam komputer anda. Tanpa perlu menaikkan www.blogger.com di browser, tanpa perlu memasukkan username dan password anda, hanya perlukan kepada talian internet sahaja, buka Post yang telah anda siapkan, dan 'Click' [ Post ] @ [ Post & Publish ].
ZAPPP!!!!
Post yang ditaip pada perisian terus ternodai ke dalam blog anda. Wow. Best kan kan kan, aku rase la, aku tak tau la apa korang rase.
Episod Kelemahan
Setakat ni, ketika dan masa ini, aku telah mengesan satu kelemahan software nih, bila aku Post kan 'post' yang aku telah siapkan sebelum ni, hanya content @ isi nya sahaja yang ada, tiada title posting tersebut, tapi kat dalam sopware nih, memang takde ruangan untuk mengisi title posting tuh. Tu yang aku pelik tuh, tengah nengok-nengok lagi nih. Kot-kot ada kaedah tertentu yang membolehkan title tu dimasukkan sekali.
ok, aku post dulu yang nih, nak godek-godek sopware nih sampai hancus.
alamak...ambo dok pahang..lagu mano nih?
ReplyDeleteko sebab ambo tok teknologi??huhuhuu
p/s:nok blaja gok sebab buke sokmo ado internet...