Pages

Tuesday, April 6, 2010

Mimpi Air Bukan Mimpi Basah

Mak aku pernah citer, kalo kita mimpi satu-satu kawasan tu dilimpahi air, tak kira lah air laut ke, air sungai ke, air banjir ke, asalkan mimpi tu berasaskan air yang menenggelamkan daratan tersebut, tu tandanya tempat tu akan didirikan atau dibangunkan sesuatu. Pendek kata bakal berkembang pesat la.

 

Aku kaitkan citer emak aku tuh dengan 4 mimpi air yang pernah aku alami ( aku ulangi Mimpi Air Bukan Mimpi Basah).

 

1. Mimpi ada sungai belakang rumah aku, walhal belakang rumah aku semak samun. Dalam mimpi tu aku tengok ada bebudak tengah mandi-manda dalam sungai tuh. Mimpi ni aku alamai masa darjah 1 atau darjah 2 kot, kalo tak silap.

 

2. Mimpi ke2 masa darjah 6 aku rase, umah nenek aku kat Jerangau, banjir, padahal rumah tu duduk di tepi bukit yang agak tinggi. Pendek citer, kalo umah nenek aku naik air, satu Terengganu boleh banjir la. Tinggi dol....

 

3. Lepas matrikulasi, aku mimpi area depan matrik aku tuh jadi macam laut..

 

4. Aku tak ingat mimpi yang ke 4, tadi aku ingat, nanti aku sambung dalam posting lain, kalo aku ingat.

 

Apa yang jadi sekarang setelah aku mengalami mimpi-mimpi air tersebut?

 

1. Sekarang belakang umah aku ada satu jalan lurus yang di tar, dan setiap petang ramai bebudak berkumpul bermain disitu.  Rumah-rumah baru mula dibina, kawasan yang dulunye semak, da jadi terang dan lapang sekali.

 

2. Umah nenek aku yang lama telah berganti baru, rumah lama felda ( sila rujuk design rumah lama felda, biasa design sama jer sumer ) bertukar menjadi sebuah rumah kayu moden.

 

3. Hadapan matrik aku ( Kolej Matrikulasi Johor ) terdirinya sebuah sekolah menengah ( SEMESTA - aku tak ingat singkatan untuk apa ) dan sebuah ILP ( Institut Latihan Perindustrian Tangkak, kalo tak silap ).

 

4. Kena tunggu aku ingat balik mimpi yang ke 4 tu, tadi aku ingat tadi, betul....

 

sekian....

 

p/s : Mimpi tu mungkin kebetulan sahaja. Jangan percaya dengan ramalan tuh, takut sesat plak nanti.

6 comments:

  1. jgn mimpi air banjir aku.

    takut jugak.

    kalau aku jadi kaya takpa...risau perut ja 'membangun'.

    ahaahhaha..

    ReplyDelete
  2. kalo ko da kaya, perut membangun takde hal, awek tetap keliling pinggang hohohoho

    ReplyDelete
  3. sekolah menengah sains tangkak

    ReplyDelete
  4. thnank you.. sekolah menengah sains tangkak (SEMESTA)

    ReplyDelete
  5. owh br aku tau.. ms duk kmj dulu rs nye dpn tu sek biase je... eh blog senior aku rupe nye...huhuhu

    ReplyDelete
  6. ore besut : nih super duper senior nih, first batch. huuhuhu....

    ReplyDelete